Cover Magazine oleh Nasuha menggunakan aplikasi grafik photoshop.
Orang yang kuat berangan dipanggil Mat Jenin. Malukah kita sekiranya dipanggil sedemikian rupa?
Kisah Mat Jenin ini popular dalam masyarakat Melayu dan diceritakan turun temurun secara lisan dan bertulis. Tidak hairanlah bahawa watak Mat Jenin telah dimasukkan ke dalam Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal yang mencetus fenomena industri perfileman Malaysia baru-baru ini. Seharusnya kita tidak harus memandang Mat Jenin ini dari sudut yang kurang enak dilihat dan didengari namun sisi baiknya kisah Mat Jenin ini harus diambil iktibar dan pedoman.
Mat Jenin ini digambarkan sebagai seorang pemuda yang rajin kerana sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan boleh membawa rezeki kepada dia. Jika dihalusi cerita Mat Jenin yang mati akibat terjatuh dari pokok kelapa kerana berangan-angan, dia sebenarnya telah mempunyai rancangan yang teliti untuk menjadi kaya. Upah yang diterima setelah memanjat pokok kelapa akan digunakan untuk membeli telur ayam. Kemudiannya telur itu akan di ramkan untuk mendapatkan anaknya. Setelah membesar anak ayam tersebut akan di jual dan Mat Jenin akan membeli kambing pula. Begitulah angan-angan Mat Jenin sehinggalah dia kaya dan berkahwin dengan anak raja. Mat Jenin adalah seorang pemikir dan patut di contohi kerana dia tahu impian untuk menjadi kaya adalah tidak semudah yang disangka orang. Sebaliknya dia berusaha dari peringkat awal dengan perancangan yang logik dan diterima akal.
No comments:
Post a Comment