Blog Archive

ILMU EMAS

Thursday, 11 July 2019

Sunday, 7 July 2019

PROMOSI LA APA LAGI



Gadai dan Menang

https://web.facebook.com/myBANKRAKYAT/videos/310167403200812/

Bagi mereka yang menggadai di Bank Rakyat dari 27 Jun 2019 - 27 Oktober 2019 mereka berpeluang memenangi cabutan bertuah. Hadiah keseluruhan yang bernilai 2 Kilogram emas  
yang mana tempat pertama akan memenagi hadiah 1KG emas, tempat kedua 500gram emas, tempat ketiga 250g emas, keempat 150gram emas dan cabutan saguhati seramai 22 orang akan memenangi emas yang bernilai 10g emas. Marilah kita menggadai di Bank Rakyat. Tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia siapa yang tuah kan?...

CUCI EMAS

Gold Cleaner di Bank Rakyat
Sekiranya berada di rumah, cara untuk mencuci yang paling ideal sekali adalah dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi. Rendamkan barang anda dengan ubat gigi lebih kurang setengah jam kemudiannya gosokkan dengan berus gigi. InsyaAllah barang kan besih dan lebih berkilat. Tetapi sekiranya ada memajakkan barang di Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, kami juga menyediakan servis mencuci barang kemas dengan percuma. Tidaklah menggunakan berus dan ubat gigi kerana disediakan mesin cuci khas yang dibekalkan oleh pihak bank. 
Mesin Cuci Emas di Kedai


Namun demikian, sekiranya anda ingin mencuci barang kemas di kedai emas, kebiasaannya caj akan dikenakan. Kedai emas menggunakan mesin khas dan akan mendaptakan hasil yang lebih bersih dan berpuas hati. Segala kotoran degil akan tertanggal dan kilauan barang tersebut akan lebih menyegarkan mata seperti barang yang baru dibeli.

PENGUJIAN KETULENAN EMAS

Kunci Emas
Batu Hitam
Kebuk Wasap
Kali ini saya akan menceritakan cara untuk menguji ketulenan emas. Terdapat banyak cara untuk menguji namun hanya 2 cara yang digunakan di Ar-Rahnu. Pertamanya menggunakan mesin densimeter bagi mendapatkan ketumpatan emas tersebut dan juga cara turun temurun iaitu menggunakan gesekan barang kemas ke batu hitam. Penggunaan mesin densimeter adalah untuk mendapatkan berat barang dan mutu barang kemas tersebut. Mesin akan mengeluarkan bacaan sama ada barang tersebut emas tau tidak. 
Mesin Densimeter

Bagi penggunaan batu hitam, barang kemas tersebut akan di gesekkan di 3 bahagian berlainan dan juga kunci emas akan di gesekkan di sebelahnya.  Selepas itu akan dititiskan 2 asid berlainan iaitu asid nitrik dan hidroklorik ke atas batu hitam di tempat gesekkan tersebut. Perhatikan tindak balas asid dan batu emas di tempat gesekan. Bagi barang kemas yang asli, tindak balas kehilangan gesekan seharusnya sama dengan gesekan kunci emas. Sekiranya tempat gesekan barang kemas tersebut hilang dalam sekelip mata ternyata barang tersebut adalah palsu. Penggunaan asid akan dilakukan di dalam kebuk wasap bagi meneutralkan semula kualiti udara yang berada di dalam pejabat.



JUMLAH PINJAMAN DAN UPAH SIMPAN

Contoh Surat Akuan Gadaian
Pengiraan jumlah pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut :-
Pelanggan A membawa barang seberat 10g bermutu 22K(916) untuk digadaikan. Harga semasa bagi emas 22k ialah RM 196/g.

Rumus   =  (Berat barang) X (Harga emas semasa) X [70%(margin pinjaman)] = RM_________
                   10g  X  190  X  70%  = RM 1330

Oleh itu, pinjaman yang pelanggan A perolehi ialah sebanyak RM 1330.00.

Pengiraan upah simpan bagi pelanggan A pula adalah seperti di bawah :-
Tarikh penebusan = 20 hari selepas gadaian

Rumus  = (Nilai Marhun/barang) X (0.85/100) X (12) X (Tempoh Gadaian/365)
                 (10g X 190) X (0.85/100) X (12) X (20/365)
              = Rm10.62

Oleh itu, jumlah penebusan ialah RM1330(pinjaman) + Rm 10.62(upah simpan) = RM 1340.62

Pelanggan boleh melanjutkan tarikh gadaian setiap 6 bulan dengan hanya membayar upah untuk tempoh itu sehingga dapat menebus kembali barang tersebut.

PROSES PENGGADAIAN

Bank Rakyat merupakan antara salah satu institusi yang terawal menyediakan servis ini. Masyarakat boleh mendapatkan wang dengan cepat tanpa melalui proses yang cerewet seperti proses pinjaman peribadi atau pembiayaan peribadi. Produk Ar-Rahnu ini menerima semua jenis barang kemas yang bermutu dari 18 karat (emas 750) hingga 24 karat (emas 999) dengan syarat barang kemas tersebut TIDAK BOLEH  berbentuk patung keagamaan atau makhluk lengkap bernyawa. Emas yang berbentuk jongkong dan syiling emas juga diterima namun tertakhluk kepada terma dan syarat. Kini, Bank Rakyat telah menaikkan lagi jumlah pinjaman sehingga RM 350,00.00 bagi satu nama penggadai. Proses menggadai juga mudah dan ringkas yang mana pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan barang yang ingin di gadai. Resit pembelian tidak di perlukan untuk barang kemas kerana pihak penaksir barang kemas akan melakukan ujian terhadap emas tersebut. Namun untuk jongkong dan syiling syarat pemilikan resit pembelian atau sijil ketulenan barang tersebut di perlukan. Apabila proses menggadai tamat pelanggan ada diberikan satu salinan 'Surat Akuan Gadaian' untuk disimpan dan di perlukan semasa penebusan dilakukan.

Barang Kemas

Wafer Emas

Syiling Emas

PAJAK GADAI

Pada masa kini, emas bukan hanya di gunakan sebagai barang perhiasan sahaja. Emas kini boleh di pajakkan bagi mendapatkan tunai. Terdapat banyak pilihan masyarakat sama ada pergi mengadai ke pajak gadai konvesional atau Islam. Namun, bagi seorang muslim kita seharusnya pergi ke pajak gadai Islam kerana merupakan sistem gadaian yang berlandaskan prinsip muamalat Islam yang mana ianya merupakan satu pinjaman jangka pendek dan BEBAS DARIPADA RIBA'. Pajak gadai Islam hanya mengenakan upah simpan terhadap barang yang digadai. Terdapat banyak pajak gadai Islam di Malaysia dan di antaranya ialah :-
Contoh Pajak Gadai Islam

Konsep syariah yang digunakan oleh pajak gadai Islam ialah :-
  • Qard - Perjanjian pinjaman antara pihak yang memberi pinjaman dan pihak yang meminjam
  • Wadi'ah Yad Dhamanah - Menyimpan dan memberi jaminan ke atas barang gadaian adalah selamat dan terjamin
  • Ujrah - Upah yang dikenakan ke atas jaminan keselamatan dan simpanan barang gadaian
Perbezaan di antara pajak gadai Islam adalah dari segi jumlah pinjaman, harga emas semasa, margin pinjaman dan juga upah simpan.
Saya akan lebih memfokuskan kepada Pajak Gadai Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat kerana saya berkhidmat di situ.





Pengujian Ketulenan Emas Dengan Batu Hitam dan Asid

Pengujian emas menggunakan batu hitam, asid dan kunci emas di dalam kebuk wasap.